suria

Lapan GRO Warga Asing Ditahan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Polis menahan lapan wanita warga negara China dan Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Anson di sini malam tadi.

Ketua operasi "Ops Noda", Cif Inspektor Teh Teng Ai berkata, kesemua wanita itu ditahan ketika sedang melayan tetamu.

Katanya, dalam operasi pukul 8 malam itu, polis turut menahan seorang wanita tempatan yang disyaki "ibu ayam" di pusat hiburan itu.

"Pusat hiburan ini pernah diserbu beberapa kali kerana menjalankan kegiatan tidak bermoral," kata Teh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain