suria

150 Pasport Indonesia Dirampas Dalam Serbuan Di Bandar Sunway

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan dua warga Indonesia dan merampas sebanyak 150 keping pasport Indonesia palsu selepas menyerbu sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin di Bandar Sunway, dekat sini, Rabu.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (Kanan), Bahagian Penguatkuasaan Putrajaya, Mohd Radzi Ain berkata, kediaman itu diserbu pada 12.30 tengah hari setelah membuat risikan sejak sebulan lepas.

"Hasil daripada maklumat awam dan risikan mengenai kegiatan ini, kami membuat serbuan di rumah itu dan menahan dua warga Indonesia dengan seorang daripadanya mempunyai taraf penduduk tetap.

"Kami merampas 150 keping pasport, tiga set komputer, tiga unit pencetak dan 26 biji cop yang disyaki digunakan untuk membuat pasport palsu itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kedua-dua warga Indonesia itu kini ditahan selama 14 hari di Depot Tahanan Imigresen di Putrajaya mengikut Seksyen 55 D Akta Imigresen 1959/63 kerana memalsukan dokumen Imigresen. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain