Patung Wanita Separuh Bogel Dijual Secara Terbuka - Semasa | mStar

Patung Wanita Separuh Bogel Dijual Secara Terbuka

WANG KELIAN: Patung berbentuk wanita separuh bogel yang menggunakan tenaga solar didapati dijual secara terbuka di pasar sehari Wang Kelian di sini.

Tinjauan mendapati banyak pengunjung pasar itu membeli patung buatan Cina itu yang berharga RM10 atau Bhat100, untuk dijadikan hiasan dalam kenderaan.

Seorang peniaga berkata patung itu dapat membantu pemandu mengelak rasa mengantuk memandangkan badannya boleh bergerak terutama bahagian dadanya.

Seorang pengunjung, Faizal Abdullah, 33, dari Selangor berkata, pihak berkuasa sepatutnya memantau semua produk yang dijual di pasar di sempadan Malaysia-Thailand itu memandangkan kawasan terbabit menjadi tumpuan ribuan pelancong.

"Bagi mereka yang hadir bersama keluarga, termasuk anak-anak, penjualan secara terbuka produk lucah itu amat memalukan," kata Faizal. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pegawai Kanan TLDM Didakwa Kemuka Invois Palsu

Artikel Berkaitan