'Mangsa' Rompakan Disiasat Buat Laporan Palsu - Semasa | mStar

'Mangsa' Rompakan Disiasat Buat Laporan Palsu

KUCHING: Gara-gara membuat laporan palsu bahawa wang tunai RM5,000 miliknya telah dirompak dua anggota polis, seorang penyelia stor kini disiasat polis.

Dalam insiden itu, lelaki berusia 42 tahun tersebut mendakwa wang berkenaan,kad pengenalan dan kad ATM miliknya telah dilarikan dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di sini pada 8.50 pagi semalam.

'Mangsa' mendakwa kedua-dua lelaki yang berjaket hitam dan berkemeja-T dengan logo polis itu telah mengacukan sesuatu menyerupai pistol ke pinggangnya, sebelum melarikan duit tersebut yang didakwa diletakkan dalam sampul surat.

Lelaki tersebut kemudian membuat laporan di Balai Polis Padungan di sini kira-kira 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong yang mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki tersebut bagaimanapun mengaku membuat laporan palsu setelah disoal siasat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya," katanya.

Beliau berkata, kes itu akan dirujuk kepada Peguam Kanan Persekutuan untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Makmal Dadah Terbongkar Akibat Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain