suria

Mahkamah Lawat Jalan Yang Dilalui Aminulrasyid Sebelum Ditembak

SHAH ALAM: Pihak pendakwaan perbicaraan kes kematian Aminulrasyid Amzah hari ini membawa hakim dan pembelaan melawat semua jalan yang dilalui kereta dipandu mangsa sebelum terbabas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini pada 26 April lepas.

Saksi utama pendakwaan iaitu Mohd Azamuddin Omar, 15, remaja yang berada dalam kereta dipandu Aminulrasyid pada hari dia ditembak mati, turut menunjukkan kepada Hakim Latifah Mohd Tahar lokasi di mana kereta mereka bergesel dengan sebuah kereta lain di depan sebuah restoran di Seksyen 7.

Turut berada di kawasan itu ialah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, Idham Abd. Ghani dan Adilla Ahmad, tertuduh Koperal Jenain Subi serta peguamnya M.Athimulan dan Salim Bashir, selain saksi ke-25 pendakwaan Cif Ins Mazli Jusoh. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain