suria

Jawatankuasa Program Pemekaan Gender Ditubuhkan

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk melaksanakan program pemekaan gender dalam sektor awam di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan menumpukan pembaikan dalam pengambilan kerja, pembangunan kerjaya dan perancangan untuk menambahkan wakil-wakil wanita dalam kedudukan pembuat dasar.

"Kita sedar bahawa wanita menghadapi banyak halangan dan kekurangan. Kita hadapi pelbagai cabaran dan peranan.

"Institusi kita perlu perbaiki urus tadbirnya, di mana Malaysia telah bertambah baik dalam kedudukan Indeks Transparency International, kita masih jauh dalam memperbaiki urus tadbir yang baik dalam sektor awam," katanya selepas merasmikan Kolokuim Antarabangsa mengenai Kajian Negara-negara Scandinavia: Rantau, Kualiti Hidup dan Kebudayaan, di sini Isnin.

Beliau berkata program itu dikendalikan oleh kementeriannya untuk memajukan dengan lebih baik pefahaman mengenai isu berkaitan undang-undang dan sistem kawalan, peningkatan struktur pertubuhan institusi awam dan pengurusan berkaitan kepelbagaian budaya.

Sementara itu, Duta Sweden ke Malaysia Pre-Arne Hjelmborn berkata kolokuim itu akan memudahkan forum mengenai isu seperti dasar sosial, penyertaan dalam politk dan penglibatan dalan budaya antara akademik di Malaysia dan negara-negara Scandinavia.

Forum itu membincangkan proses keselamatan, isu gender dan bertukar-tukar idea, katanya.

Ia juga untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai sosial, ekonomi, politik dan pembangunan budaya dan mengenal pasti bidang kerjasama pada masa akan datang dalam program penyelidikan dan pendidikan dengan institusi di rantau Scandinavia.

Forum dua hari yang bermula hari ini dianjurkan bersama Institut Kajian Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Jabatan Sains Politik dan Forum untuk Kajian Asia, Stockholm University, Sweden. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain