suria

Guru Kauseling Bebas Tuduhan Cabul Murid

KUALA LUMPUR: Seorang guru kauseling tersenyum mendengar keputusan Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, yang melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mencabul murid.

Majistret Suhaili Shamsudin membuat keputusan itu tanpa memanggil Edi Enai untuk membela diri selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Suhaili sebelum ini mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan.

Edi, 43, yang kini digantung kerja didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang pelajar berusia 14 tahun pada pukul 12.45 tengah hari, awal November 2008 di Sekolah Menegah Kebangsaan Seri Tasik, Cheras di sini.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memeluk, meraba belakang badan dan mencium pipi pelajar berkenaan.

Pelajar berkenaan membuat laporan polis pada 20 Februari 2009 selepas dinasihatkan oleh guru disiplin, yang mengetahui kejadian itu daripada pengawas sekolah.

Edi ditangkap pada 23 Februari 2009 dan didakwa kali pertama di mahkamah pada 2 April tahun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Zolkifli Mohd Yasin mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, Edi diwakili peguam Adam Yap.

Artikel Lain