suria

Enam Lelaki Ditahan Kes Pembunuhan Peguam

IPOH: Polis menahan enam lelaki berusia antara 21 hingga 30 tahun pada Isnin bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peguam di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata enam lelaki itu diberkas di sebuah hotel di Menglembu di sini pada 3.45 pagi tadi.

Polis telah mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu terhadap enam lelaki itu di Mahkamah Majistret hari ini.

Pada 16 Nov, peguam G.Balasunderam, 57, diserang dua lelaki bertopeng ketika turun dari kereta di hadapan rumahnya di Taman Desa Rishah, Buntong, di sini dan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 9 malam hari yang sama. - BERNAMA

Artikel Lain