suria

Samy Vellu Pilih 13 Disember Umum Persaraan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau akan mengumumkan butiran terperinci tentang persaraannya sebagai presiden MIC pada 13 Dis ini.

Bekas Menteri Kerja Raya berusia 74 tahun itu berkata, beliau akan melepaskan jawatan presiden MIC dengan senang hati kerana ia akan memberinya lebih banyak masa untuk bersama keluarga, rakan taulan dan masyarakat.

"Pada hari berkenaan (13 Dis), saya juga akan umumkan rancangan saya selepas berundur daripada jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46 Majlis Belia Hindu Malaysia di sini pada Ahad.

Turut hadir Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

Dalam ucapannya, Samy Vellu menggesa belia India supaya berfikir di luar kotak untuk membolehkan mereka menjadi golongan yang memiliki daya saing.

Katanya bimbingan keluarga dan organisasi berkaitan juga penting dalam membantu belia India membina masa depan yang lebih cerah untuk diri masing-masing. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain