suria

Pegawai Khas Hishammuddin Jatuh Ketika Mengiringi Menteri Buat Tinjauan

KUCHING: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien terkejut apabila melihat pegawai khasnya, Datuk Firdaus Ismail terjatuh ke dalam paya apabila titi yang menghubungkan sebuah rumah usang milik seorang warga emas di Kampung Gersik, di sini runtuh, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Hishammuddin yang menyempurnakan majlis penutup Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Tebingan Boyan-Gersik-Sourabay (BGS) telah membuat tinjauan ke kampung Melayu itu.

Ketika rombangan itu melalui titi ke sebuah rumah usang warga emas di kampung itu, titi tersebut runtuh.

Ismail yang berdiri di belakang Hishammuddin terjatuh dan telah ditarik naik oleh anggota Rela.

Berikutan itu, bantuan sebanyak RM40,000 diperuntukkan bagi membaikpulih empat buah rumah usang, termasuk titi yang runtuh itu.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain