NOC Wajib Bagi Pelajar Dari Negara Afrika Sub-Sahara - Dr Zulkefli - Semasa | mStar

NOC Wajib Bagi Pelajar Dari Negara Afrika Sub-Sahara - Dr Zulkefli

DUBAI: Pelajar dari negara-negara di kawasan Afrika Sub-Sahara yang ingin mengikuti pengajian di unversiti di Malaysia wajib mendapatkan Sijil Tiada Bantahan (NOC) dari pihak berkuasa di negara masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Tan Sri Dr Zulkefli A.Hassan berkata pelajar dari benua itu perlu mendapatkan sijil berkenaan sebelum dibenarkan datang ke Malaysia.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan pelajar asing yang tulen dan berkualiti sahaja diterima masuk belajar di Malaysia serta mengelak penyalahgunaan visa pelajar untuk melakukan kegiatan menyalahi undang-undang negara.

Beliau berkata demikian sempena perasmian pemindahan pejabat pendidikan Malaysia di Mankhool di sini, baru-baru ini.

Zulkefli berkata kementerian akan menarik lebih ramai pelajar berkualiti dari luar negara yang ditaja oleh kerajaan atau agensi dari negara masing-masing.

"Kita juga menghantar pelajar terbaik kita ke luar negara dan mereka terpaksa melalui proses persediaan dan sebagainya. Begitu juga pelajar asing antara terbaik sahaja yang datang ke Malaysia," katanya.

Beliau mengakui wujud saingan sengit di kalangan negara-negara untuk menjadi negara pengeksport pendidikan, sama seperti Malaysia.

"Anda boleh mendapat pendidikan tinggi yang berkualiti di Malaysia pada kadar harga yang murah atau setanding dengan tawaran dari beberapa negara lain," jelasnya.

Beliau juga menyebut Malaysia pada hakikatnya menyediakan persekiataran yang selamat untuk pelajar asing.

Zulkelfi berkata pelajar dari Timur Tengah mungkin menghadapi kesukaran untuk mengikuti pengajian di Barat dan Malaysia merupakan alternatif terbaik untuk mereka.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain