Keahlian Terus: Dewan Tertinggi BN Setuju Pinda Perlembagaan - Semasa | mStar

Keahlian Terus: Dewan Tertinggi BN Setuju Pinda Perlembagaan

KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada Sabtubersetuju meminda Perlembagaan parti dengan memperkenalkan peruntukan kemasukan ahli bersekutu atau keahlian terus sejajar dengan hasrat menjadikan BN sebagai sebuah parti yang inklusif berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Dewan Tertinggi BN turut bersetuju menerima kemasukan ahli bergabung yang terdiri daripada pertubuhan politik, persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin bekerjasama dengan parti.

"Walaubagaimanapun Dewan Tertinggi akan tentukan hak-hak dan keistimewaan mereka.

"Ahli bersekutu tidak mempunyai hak yang sama seperti ahli daripada parti-parti komponen," katanya pada sidang media selepasmempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini.

Menurut Perdana Menteri, pindaan Perlembagaan BN berkenaan mula berkuat-kuasa hari ini dan pertambahan peruntukan itu akan dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Najib yang juga Presiden Umno turut menjelaskan bahawa Dewan Tertinggi BN akan memutuskan mengenai peraturan-peraturan mengenai kemasukan ahli bersekutu dan bergabung.

"Apa pun keputusan mengenai peraturan tentang ahli bersekutu dan ahli bergabung akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN kemudian.

"Kita akan ambil kira semua pandangan parti komponen BN... keputusan ini adalah sebulat suara. Apa jua masalah yang perlu ditangani akan ditangani bersama," katanya.

Mengulas lanjut mengenai keputusan bersejarah itu Perdana Menteri bagaimanapun berkata, bagi sesiapa yang pernah menyertai mana-mana parti pembangkang, Dewan Tertinggi mempunyai kuasa untuk menentukan kelulusan penyertaannya sebagai ahli bersekutu atau ahli bergabung.

"Ini satu syarat yang kita tetapkan supaya tak ada mana-mana orang yang masuk dengan niat tak baik," katanya.

Malah katanya, ahli daripada mana-mana parti komponen BN juga tidak dibenarkan untuk meninggalkan parti masing-masing semata-mata mahu menjadi ahli bersekutu.

Tambah Najib, Kelab Sahabat BN juga akan diwujudkan bagi membuka peluang kepada golongan yang menyokong parti itu kerana percaya kepada prinsip perjuangannya.

"Selain itu kita juga akan wujudkan Rakan Muda BN kepada golongan muda berumur 18 hingga 21 tahun yang ingin menyokong BN tetapi belum menjadi pengundi, golongan yang ingin menghayati perjuangan BN," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai Konvensyen BN yang akan diadakan pada 28 November ini, Najib berkata tema konvensyen berkenaan akan berkisar mengenai konsep mendahulukan kepentingan rakyat.

"Ini adalah supaya tema kita ini mesti selaras dengan tema nasional iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...kita tekankan rakyat kerana dalam demokrasi berparlimen inilah (rakyat) merupakan kelompok yang terpenting," katanya.

Najib turut mengingatkan bahawa permasalahan antara parti komponen BN perlu dibendung dan menjurus kepada sifar masalah.

"Apabila kita dapat capai perkara ini maka rakyat akan tambah lebih yakin bahawa kita bukanlah parti yang berbalah sesama sendiri tapi kitalah parti yang akan terus bergerak dan berjuang untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain