suria

APMM Tawau Gagalkan Cubaan Seludup Keluar Gula Pasir, Minyak Masak

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup keluar 549 kilogram gula pasir dan 190 kilogram minyak masak, petang Jumaat.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Komander (Maritim) Amran Daud berkata kedua-kedua barangan seludup dan 13 tong gas memasak dirampas kira-kira 4.30 petang semalam dari dua feri yang dalam perjalanan dari Tawau ke Nunukan, Indonesia.

Beliau berkata kesemua barangan itu dijumpai tersorok di bahagian tersembuyi dalam feri berkenaan ketika pasukan APMM yang diketuai Leftenan (Maritim) Suffian Eldine Abdullah menjalankan pemeriksaan rutin ke atas kedua-dua feri.

Bagaimanapun, katanya, tangkapan tidak dilakukan kerana penumpang kedua-kedua feri berkenaan tidak mengaku memiliki barangan seludup itu. - BERNAMA

Artikel Lain