suria

Kereta Dalam Gaung: Tiada Bukti Jenayah Atau Kemalangan,

KUALA LUMPUR: Polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan sebuah kereta jenis Kia Spectra dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ini kerana polis tidak menemui sebarang bukti untuk dikaitkan unsur jenayah dengan penemuan kereta itu.

"Kalau ada berlaku kemalangan mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar atau jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Abdul Rahim berkata polis masih cuba mengenal pasti pemilik kenderaan itu dan masih meneruskan usaha mencari bukti di kawasan berkenaan.

"Kereta tersebut tiada nombor pendaftaran menyebabkan pemiliknya sukar untuk dicari dan kita sendiri tidak ada menerima sebarang laporan tentang kehilangan ahli keluarga," katanya.

Kereta itu ditemui pada pukul 3 petang Khamis oleh seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di kawasan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain