Mayat Lelaki Dengan Tangan Dan Kaki Terikat Ditemui Dalam Lombong - Semasa | mStar

Mayat Lelaki Dengan Tangan Dan Kaki Terikat Ditemui Dalam Lombong

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah lombong dengan keadaan tangan dan kakinya diikat dengan wayar di Kampung Keliang, Kalumpang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Affendi berkata tiga kesan tikaman dikesan di belakang badan lelaki yang dipercayai warga asing berumur 30-an itu, yang ditemui terapung dalam lombong berkenaan oleh orang awam pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

"Selain diikat, bahagian muka lelaki itu turut dibalut dengan pita pelekat," katanya melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata identiti lelaki itu belum dikenal pasti dan mayat lelaki dengan ketinggian 153sm itu ditemui dengan t-shirt belang berwarna coklat dan biru, berseluar jeans berwarna coklat dan bertali pinggang hitam.

Norel Azmi berkata mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk dibedah siasat, dan pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mati sejak tiga hari lepas.

Kes bunuh itu sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mangsa Serangan Facebook Hidup Ketakutan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain