suria

Wanita Cedera Di Leher Disamun Lelaki

TELUK INTAN: Seorang wanita cedera di leher akibat dikelar dengan pisau oleh seorang lelaki yang menyamunnya di sebuah bilik hotel di Jalan Pasar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian pada pukul 7.50 malam itu, mangsa keturunan Cina berusia 50-an menyewa bilik itu sebelum didatangi seorang lelaki India berumur dalam lingkungan 20-an.

Sebaik wanita berkenaan membuka pintu suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dan mengugut agar mangsa menyerahkan barang berharga sebelum berlaku pergelutan, kata Goh ketika dihubungi hari ini.

Goh berkata, ketika bergelut suspek terkejut apabila mangsa menjerit meminta tolong dan suspek bertindak mengelar leher mangsa menggunakan pisau tersebut.

Suspek kemudian melarikan diri tetapi sempat ditahan oleh pekerja hotel serta orang ramai yang menyedari kejadian itu. Mereka menyerahkan suspek kepada polis.

Wanita itu dihantar ke Hospital Teluk Intan dan menerima 15 jahitan di lehernya. Keadaannya stabil, kata Goh.

Katanya suspek direman seminggu untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Kembali Adakan Sidang Media

Artikel Berikut

Artikel Lain