suria

Pelajar Malaysia Di Amerika Syarikat Kini 6,190 Orang

KUALA LUMPUR: Bilangan pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat bagi tempoh 2009/2010 meningkat 4.2 peratus kepada 6,190 orang daripada 5,942 sebelumnya.

Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE) Dr James Coffman berkata, pertambahan itu adalah hasil promosi agresif oleh pejabat-pejabat EducationUSA di Malaysia selain disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang yang menguntungkan.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata kolej dan universiti di Amerika Syarikat memilih untuk mengambil ramai pelajar dari Malaysia bagi mempelbagaikan lagi populasi pelajar antarabangsa di negara itu selain menarik pelajar berkualiti tinggi.

MACEE dan Kedutaan Amerika Syarikat di sini pada Isnin melancarkan Minggu Pendidikan Antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai pendidikan di Amerika Syarikat boleh diperoleh dari laman web EducationUSA Malaysia di http://www.educationusa.org.my. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain