suria

Mayat Reput Ditemui Terapung Di Pulau Kapas

MARANG: Mayat lelaki yang telah reput dan tidak berpakaian ditemui terapung di perairan Pulau Kapas di sini semalam.

Mayat itu ditemui oleh penduduk setempat pada pukul 5.10 petang, kata Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahya.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, lelaki yang dipercayai rakyat asing itu dianggar telah seminggu meninggal dunia.

"Ketika ditemui, kaki kanan antara buku lali ke bawah sudah hampir putus," katanya. Ahmad berkata mayat itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain