suria

Lima Muka Baru Dalam Lembaga Pengarah Sime Darby

KUALA LUMPUR: Lima anggota baharu dilantik menganggotai lembaga pengarah Sime Darby Bhd yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) hari ini, manakala seorang anggota lembaga pengarah meletak jawatan dan enam yang lain tidak bertanding semula.

Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Bakke Salleh berkata Pengerusi Lembaga Pengarah Jawatankuasa Audit dan Anggota Lembaga Pengarah Jawatankuasa Risiko Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, meletak kawatan berkuat kuasa 17 November, 2010

Beliau tidak menyatakan sebab berbuat demikian, sama seperti mereka yang tidak bertanding semula.

"Hanya mereka yang mengetahui sebabnya," katanya semasa diminta mengulas lebih lanjut mengenai mereka yang tidak bertanding semula," katanya kepada pemberita selepas AGM syarikat itu di sini.

Anggota baharu yang dilantik terdiri daripada Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Tan Sri Dr Yusof Basiran, Zaiton Mohd Hassan, Azmi Mohd Ali dan Datuk Mohd Bakke Salleh, yang dilantik sebagi Pengarah Eksekutif.

Enam anggota lembaga pengarah yang tidak bertanding semula pada AGM itu ialah Pengerusi Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, 72, Dr Arifin Mohamad Siregar, 76, Tan Sri Datuk Dr Ahmad Tajuddin Ali, 62, Datuk Seri Mohamed Sulaiman, 72, Datuk Dr Abdul Halim Ismail, 71 dan Datin Paduka Zaitoon Othman,70.

Bakke berkata struktur korporat baharu kumpulan akan dibentangkan pada 25 Nov untuk dikuatkuasakan pada 1 Jan, 2011, dengan setiap syarikat akan mempunyai lembaga pengarah, jawatankuasa audit dan tender berasingan.

"Mulai 1 Januari, 2011, 30 peratus daripada wakil lembaga pengarah akan dianggotai pengarah bebas," katanya.

Sementara itu, tiga pengarah syarikat yang dilantik semula ialah Tan Sri Datuk Amar (Dr) Tommy Bugo.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain