suria

Dua Maut, Satu Parah Dalam Kemalangan Berasingan Di Perak

IPOH: Dua orang terbunuh dan seorang cedera parah dalam dua kemalangan berasingan di Perak pada Isnin.

Di Km 294.7 Lebuhraya Utara-Selatan, penunggang motosikal Mohd Saufi Halit, 19, dari Bidor, mati di tempat kejadian selepas merempuh belakang sebuah lori ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh tengah malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh.

Dalam kejadian di Km 24 Jalan Teluk Intan-Sabak Bernam, seorang pemandu lori ikan, Mohd Redzuan Mohd Ariffin, 25, terbunuh manakala kelindannya, Rumizi Ahmad, 26, cedera parah selepas kenderaan yang mereka naiki itu merempuh belakang sebuah lori lain.

Kedua-duanya berasal dari Sungai Besar, Selangor Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, Mohd Redzuan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat, manakala Rumizi dirawat di hospital yang sama.

Pemandu lori yang satu lagi tidak mengalami kecederaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain