Angkara Dadah, Pasangan Sambut Aidiladha Dalam Lokap - Semasa | mStar

Angkara Dadah, Pasangan Sambut Aidiladha Dalam Lokap

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri bakal menyambut Hari Raya Aidiladha dalam lokap setelah ditahan polis semalam berhubung kes dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata pasangan suami isteri berumur 23 dan 21 tahun itu ditahan di rumah sewa mereka di Kampung Tok Hakim, Padang Midin kira-kira 11 pagi.

"Dalam serbuan hasil maklumat orang awam itu, pihak polis menemui tujuh bungkusan berwarna biru dipercayai berisi 1,260 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM40,000.

"Siasatan polis juga mendapati, rumah pasangan itu dijadikan tempat pengedaran dadah dan mereka dipercayai menjadi pembekal kepada penagih tegar di daerah Marang," katanya dalam sidang akhbar di sini, Selasa.

Dadah yang dirampas dipercayai diseludup dari negara jiran.

Suami isteri itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing mereka juga negatif, katanya.

Kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Chendering itu disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.

Kedua-dua suspek kini direman seminggu untuk siasatan lanjut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

ADUN Kerdau Semakin Pulih

Artikel Berikut

Beberapa Laluan PLUS Dan NKVE Mulai Sesak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain