suria

Rayuan Tertuduh Hapus Bukti Kes Sosilawati 25 Nov

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar rayuan yang difailkan oleh seorang pekerja ladang, K.Sarawanan yang dihukum penjara atas kesalahan menghapuskan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain pada 25 Nov ini.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki juga akan membuat semakan kehakiman terhadap Sarawanan dan rakan sekerjanya , U.Suresh ekoran hukuman penjara tujuh tahun terhadap mereka dikatakan tidak setimpal.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada 15 Oktober lalu setelah kedua-dua mereka mengaku bersalah.

Sarawanan didakwa membakar mayat mangsa manakala Suresh didakwa membuang abu mayat ke dalam Sungai Panchau, Banting, dekat sini

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain