suria

Malaysia Alukan Pembebasan Aung San Suu Kyi

KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan pembebasan pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Malaysia dan negara-negara Asean yang lain selama ini sentiasa mahukan beliau dibebaskan.

"Malaysia yakin bahawa pembebasan tanpa bersyarat ke atas Aung San Suu Kyi akan meyumbang kepada usaha Myanmar untuk melakukan proses penyatuan yang akan memberi laluan kepada kestabilan, keamanan dan kemakmuran di dalam negara itu," kata Wisma Putra.

Ia berkata Malaysia berpendapat masyarakat antarabangsa perlu memberi bantuan dan pertolongan kepada Myanmar bagi menggalakkan Myanmar melaksanakan "Pelan ke arah Demokrasi".

Suu Kyi dibebaskan selepas tujuh tahun menjadi tahanan di rumahnya sendiri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain