suria

Kumpulan Samun Farmasi Tumpas

MELAKA: Polis Melaka berjaya menyelesaikan kes samun bergeng di dua buah farmasi dan tiga buah rumah yang dianggarkan kerugian sebanyak RM50,000 ekoran tertangkapnya tiga suspek lelaki berumur 24 hingga 26 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata seorang suspek yang masih bebas bernama Zulkifli berumur 20-an yang masih dicari oleh pihak polis.

"Kesemua mereka ditangkap di Segamat, Johor pada 14 Oktober lepas," katanya pada satu persidangan media di pejabatnya di sini, Isnin.

Beliau berkata, polis telah melakukan siasatan terhadap kumpulan ini yang kali terakhir melakukan rompakan di sebuah kedai farmasi di Ayer Keroh pada 5 Oktober lepas.

"Pengadu kerugian RM2,260 dan dua buah telefon bimbit yang dilakukan oleh dua lelaki bersenjatakan parang," katanya.

Siasatan ke atas kes ini, polis berjaya menyelesaikan empat lagi kes iaitu sebuah kedai farmasi di Batu Berendam dan tiga rumah di sekitar Cheng dan Malim dan di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.

Katanya, kesemua suspek berasal dari Johor adalah penganggur dan mereka mereka mungkin juga ada melakukan rompakan di negeri-negeri lain.

Beliau berkata, suspek telah dituduh di mahkamah di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain