suria

Kurang 10 Peratus Mengundi Pada Pemilihan MPP PKR Di Kapar, Kota Raja Dan Klang

SHAH ALAM: Kurang daripada 10 peratus anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dari cabang Kapar, Kota Raja dan Klang keluar mengundi pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang berlangsung pada Ahad.

Ketika proses pengundian ditutup peda pukul 4.30 petang, kira-kira 300 daripada 5,000 anggota PKR dari cabang Kapar keluar mengundi manakala di Kota Raja seramai 658 daripada 7,992 anggota parti dari cabang itu yang keluar mengundi.

Sementara bagi cabang Klang, hanya 400 dari 6,000 anggota cabang itu yang keluar mengundi.

Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang pemilihan di tiga cabang itu.

Calon naib presiden PKR yang juga anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam ketika dihubungi berkata beliau sangat kecewa dengan jumlah pengundi pada pemilihan MPP cabang Kapar yang berlangsung di Dewan Sungai Pinang, Klang.

"Saya dimaklumkan ramai yang tidak dapat hadir kerana musim festival seperti perlu menghadiri majlis perkahwinan. Lokasi juga tidak sesuai kerana ramai tidak tahu di mana dewan Sungai Pinang. Apapun saya gembira kerana pemilihan berjalan dengan cukup aman," katanya.

Sementara itu pemilihan di MPP bagi cabang Kuala Langat ditangguh ke 20 Novemer difahamkan kerana mengalami masalah berhubung tempat pengundian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Keluar PKR

Artikel Lain