TPM Ucap Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang UPSR - Semasa | mStar

TPM Ucap Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang UPSR

KUALA LUMPUR: Sambil mengucapkan tahniah kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mendapat keputusan cemerlang, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan mereka yang tidak berjaya supaya terus berusaha untuk masa depan.

"Saya ucap tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Saya amat bangga dengan anda dan saya pasti ahli keuarga, guru anda dan seluruh negara juga mempunyai perasaan yang sama.

"Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga kita berusaha lebih gigih pada masa depan, " kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Bernama pada Sabtu.

Muhyiddin juga melahirkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru atas hasil kerja keras dan dedikasi mereka sehingga membawa kepada kejayaan itu.

"Kepada ibu bapa, saya ucap tahniah atas pencapaian anak-anak anda dan berharap usaha itu akan terus dijayakan bagi memberikan semangat dan sokongan yang diperlukan mereka.

"Bagi semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, saya percaya pencapaian anda akan menjadi contoh ikutan kepada yang lain. Saya harap anda akan terus gigih berusaha pada masa depan bagi mengekalkan kecemerlangan akademik anda dan menyumbang untuk pembangunan negara," katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan akan terus meningkatkan kualiti pendidikan dan keputusan UPSR yang baru dikeluarkan ini merupakan testimoni yang jelas mengenai usaha kami untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada semua.

Seramai 48,327 calon UPSR mendapat keputusan cemerlang semua A tahun ini, meningkat 10.02 peratus berbanding 9.51 peratus tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain