suria

Sekumpulan Pemprotes Berhimpun Di Hadapan Ibu Pejabat PKR

PETALING JAYA: Sekumpulan pemprotes berhimpun di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Damansara pada Sabtu selama 30 minit bagi mendesak pemilihan parti dihentikan.

Kebanyakan mereka dari Rawang, turut menaikkan sepanduk bagi mendesak agar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidenya, Azmin Ali mengundurkan diri.

Perhimpunan aman yang bermula pada pukul 11.30 pagi itu berlangsung selama 30 minit. Ibu pejabat PKR tidak beroperasi dan hanya kelihatan pengawal keselamatan di pintu masuk.

Penganjur perjumpaan itu yang merupakan bekas Timbalan Setiausaha Agung, P. Jenapala berkata, terdapat banyak penyelewangan berlaku dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung dan mendesak agar ia dihentikan segera.

Beliau mendakwa kepimpinan parti tidak bersikap adil dan telus sehingga menjejaskan mereka yang berkredibiliti daripada bertanding.

Artikel Lain