suria

RT Digerak Bantu Polis Kurangkan Kadar Jenayah

LANGKAWI: Peranan anggota Rukun Tetangga (RT) akan dipertingkat bagi membantu pasukan polis dan Rela mengurangkan kadar jenayah di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

"Kita mahu RT digerakkan membantu pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rela mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, anggota RT perlu meningkatkan rondaan di tempat masing-masing bagi mencapai hasrat kerajaan, selain mewujudkan perpaduan.

Pada masa ini, terdapat lebih 5,000 RT dengan keanggotaan lebih 100,000 orang di seluruh negara.

Terdahulu, Murugiah merasmikan pertandingam akhir Liga Bola Sepak Tunas Jiran 2010 di sini malam Jumaat, yang menyaksikan pasukan RT Temoyong muncul juara selepas menewaskan RT Taman Indah 4-3.

Sebanyak lapan pasukan menyertai pertandingan liga itu yang bermula 1 Nov lepas. - BERNAMA

Artikel Lain