Kriteria Pemilihan Ke Sekolah Berasrama Penuh Kembali Ke Asal - Muhyiddin - Semasa | mStar

Kriteria Pemilihan Ke Sekolah Berasrama Penuh Kembali Ke Asal - Muhyiddin

YOKOHAMA: Pemilihan pelajar-pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP) akan kembali berpandukan tujuan asal sekolah sedemikian diadakan, iaitu memilih mereka yang mendapat keputusan cemerlang daripada kalangan keluarga yang miskin, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"The 'cream' (yang terbaik) tapi di kalangan keluarga yang miskin. Itu adalah asas kenapa SBP diadakan. Asrama disediakan sebab tempat tinggal jauh untuk mudah mereka belajar. Pembiayaan kos juga agak rendah. Asas itu harus kita gunakan sekarang," kata beliau, Sabtu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di SBP.

Bercakap kepada pemberita, Muhyiddin berkata kesukaran memasuki SBP bukan perkara baru kerana jumlah pelajar yang cemerlang agak ramai manakala tempat untuk SBP adalah terbatas iaitu sebanyak 7,000 sahaja.

"Oleh itu jangan rasa kecewa kalau tidak dapat tempat. Hakikatnya, kita tidak dapat menampung semua," kata Muhyidin yang berada di Jepun untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini.

Beliau berkata ramai yang berfikiran bahawa SBP adalah sekolah elit kerana sering mencapai keputusan yang baik walaupun sekolah-sekolah yang lain turut cemerlang.

Oleh itu, katanya ramai ibu bapa yang ingin anak mereka memasuki SBP sedangkan usaha untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran di semua sekolah sedang dilakukan sekarang.

"Kita tahu di kalangan SBT (sekolah berprestasi tinggi) bukan semuanya sekolah berasrama penuh. Tahun depan saya akan umum 30 sekolah lagi, sebahagian besarnya bukan berasrama penuh," katanya.

Terdapat 10 buah sekolah yang bertaraf SBT pada masa ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain