Banyak Lagi Yang Perlu Dilakukan Oleh Apec - Muhyiddin - Semasa | mStar

Banyak Lagi Yang Perlu Dilakukan Oleh Apec - Muhyiddin

YOKOHAMA: Meskipun banyak perkembangan telah dicapai oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Malaysia sedar yang masih banyak usaha lagi yang perlu dilakukan oleh Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam bidang-bidang pembiayaan, akses kepada teknologi dan pasaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap pada mesyuarat tidak formal (Retreat 1) para pemimpin APEC, beliau berkata bersama-sama dengan sektor swasta, APEC boleh memainkan peranan penting dengan membangunkan mekanisme pembiayaan praktikal bagi menyokong PKS termasuk perusahan mikro di rantau ini.

Muhyiddin juga diminta berkongsi pendapat beliau mengenai pembangunan perusahaan kecil, sederhana dan mikro (SMME) di Malaysia semasa Dialog Pemimpin dengan Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) yang diadakan kemudiannya.

Beliau berkata di Malaysia, PKS menguasai 99 peratus daripada jumlah perniagaan yang ada, di mana 80 peratus ialah perusahaan mikro dengan kurang daripada lima pekerja. Tahun ini, sejumlah 65 program PKS telah dilaksanakan dengan komitmen pembiayaan sebanyak US$2.2 bilion.

Bagi mewujudkan ekosistem perniagaan yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan PKS, beliau berkata strategi serampang dua mata telah diguna pakai dalam menyokong PKS yang lebih inovatif untuk merealisasikan sepenuhnya potensi mereka dan seterusnya memasuki pasaran global, di samping menyediakan bantuan kepada perusahaan mikro.

Bercakap pada sidang akhbar kemudian, beliau berkata sektor PKS paling teruk terjejas semasa krisis kewangan global tetapi pulih berikutan bantuan segera yang disalurkan oleh kerajaan.

"Malah, Laporan Daya Saing Dunia telah menempatkan Malaysia di tangga teratas (nombor satu) dari segi akses kredit kepada PKS. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut," kata beliau, Sabtu.

Beliau berkata akses kepada kredit terbuka luas dan tiada negara lain boleh dibandingkan dengan Malaysia dari segi ini.

"Negara kita telah pulih dengan cepat kerana sokongan dan bantuan yang diberikan kepada sektor PKS dan perusahaan mikro," tambah beliau.

Muhyiddin turut ditanya mengenai mesyuarat dua hala beliau dengan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper awal hari ini. Beliau berkata kedua-dua negara bersetuju meningkatkan hubungan dalam perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan serta usaha-usaha menangani masalah pemerdagangan dan penyeludupan manusia.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain