suria

Tiada Kes Pembalakan Haram Dikesan Di Selangor

SHAH ALAM: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS)mengambil beberapa tindakan penguatkuasaan termasuk mendakwa individu terbabit di mahkamah dalam usaha mencegah pembalakan dan pencerobohan hutan simpan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari, berkata JPNS turut mengambil tindakan seperti memusnahkan tanaman, merobohkan binaan dan infrastruktur serta menangkap individu yang menduduki hutan simpan tanpa kebenaran.

"Tindakan yang diambil oleh JPNS juga adalah seperti menahan jentera, kenderaan, peralatan kerja dan merobohkan infrastruktur pertanian antaranya kolam, kandang atau reban ternakan," katanya semasa menjawab soalan Lee Kim Sin (DAP-Kajang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat.

Yaakob berkata bagi pembakalan haram, tindakan tanpa berkompromi akan diambil mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 termasuk mendakwa pihak terbabit untuk dikenakan hukuman berat iaitu denda dan hukuman penjara.

Beliau berkata bagi tahun ini tiada kes pembalakan haram dikesan berbanding tiga kes pembalakan tanpa kebenaran berlaku pada tahun lepas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain