suria

PGM Sandakan Rampas Barangan Kosmetik Bernilai RM60,000

SANDAKAN: Polis Marin merampas pelbagai barangan kosmetik bernilai kira-kira RM60,000 dan menahan tiga lelaki di Jalan 2 Bandar Sandakan di sini, semalam.

Ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan pada pukul 6.50 petang ketika menjual barangan kosmetik itu kepada beberapa penjaja, kata Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin Sandakan ASP Gan Ping Sin.

Beliau berkata tiga lelaki yang berusia antara 30 dan 50 tahun itu terdiri daripada dua rakyat tempatan dan seorang rakyat India yang memiliki pasport antarabangsa negara itu.

"Ketika diperiksa, mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengesahan ke atas 59 jenis barangan kosmetik yang mereka jual dan ia merupakan kesalahan mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Komestik 1984)," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau berkata kes itu diserah kepada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain