suria

UPP Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000

TUMPAT: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan menahan seorang lelaki dan merampas 70 kotak rokok berjenama Gudang Garam bernilai lebih RM500,000 selepas menahan sebuah lori di kawasan taman perumahan Seri Kebakat di sini, semalam.

Komandan UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan bersama lori berkenaan ketika ia memasuki kawasan perumahan itu pada kira-kira pukul 3 petang.

"Bertindak pada maklumat awam, empat anggota membuat siasatan dan menemui lori itu di kawasan perumahan, dan hasil pemeriksaan kami menemui 70 kotak besar rokok gudang garam yang dipercayai cuba diseludup ke dalam negara untuk pasaran tempatan," katanya pada satu persidangan akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata lori yang dianggar bernilai RM10,000 bersama rokok yang cukainya ditakfsir bernilai kira-kira RM503,739 diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Mazlan berkata kes itu sedang disiasat Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara atau denda. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain