suria

Pengurusan Kes Terakhir Saman Anwar Terhadap Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, menetapkan 28 Disember depan sebagai tarikh pengurusan kes terakhir terhadap saman fitnah bernilai RM10 juta yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra selepas menemui wakil daripada kedua-dua pihak pada prosiding yang berlangsung dalam kamar.

Peguam S.N Nair yang mewakili Anwar kemudiannya memberitahu, tarikh pendengaran bagi saman tersebut akan ditetapkan pada tarikh pengurusan kes terakhir itu nanti.

Ketua pembangkang tersebut memfailkan saman tersebut pada 18 April 2008 kerana mendakwa Wee telah mengeluarkan kata-kata yang memfitnah itu dalam ceramah sempena pilihan raya kecil Machap pada 2007.

Saman itu difaikan oleh Anwar menerusi firma S.N Nair dan Partners.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain