suria

MAS Batal Penerbangan Ke Jakarta Ekoran Debu Gunung Merapi

PETALING JAYA: Malaysian Airline System Bhd. (MAS) membatalkan penerbangan ke Jakarta ekoran Gunung Merapi menghamburkan awan debu.

MAS dalam kenyataannya pada Rabu memberitahu, jadual penerbangan yang dibatalkan ialah:

Rabu Kuala Lumpur-Jakarta (MH725) Jakarta-Kuala Lumpur (MH724) Kuala Lumpur-Jakarta (MH727)

Khamis Jakarta-Kuala Lumpur (MH726)

Sementara itu tiada penerbangan ke Jogjakarta dan Bandung seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Penumpang yang mahu ke Jogjakarta dari Kuala Lumpur boleh menukar tiket mereka ke Surabaya atau sebaliknya (tidak termasuk urusan di lapangan terbang, atau mendapatkan wang kembali dengan terma dan syarat atau menempah semula bagi penerbangan seterusnya sebelum 30 November ini.

Penumpang juga dinasihatkan memeriksa status penerbangan mereka di www.malaysiaairlines.com sebelum meninggalkan lapangan terbangatau menghubungi pusat panggilan MAS 1-300-88-3000 (dalam Malaysia) atau 6-03-7843-3000 (luar Malaysia) atau pejabat tiket MAS.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain