Harga RON95 Kekal Demi Keselesaan Rakyat - Awang Adek - Semasa | mStar

Harga RON95 Kekal Demi Keselesaan Rakyat - Awang Adek

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein hari ini membayangkan harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan sehingga satu tempoh tertentu supaya rakyat berasa selesa dengan harga semasa.

"Rakyat perlu merasa selesa dengan harga minyak RON95 yang mungkin tidak akan dinaikkan sehingga pada satu masa (tertentu)," katanya ketika menggulung perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, Khamis.

Awang Adek berkata rakyat sebaliknya perlu menerima kenyataan harga minyak RON97 yang dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM2.15 seliter baru-baru ini adalah tidak menentu kerana ia akan mengikut harga pasaran dunia.

"Buat masa ini, dalam penyelarasan harga minyak baru-baru ini, kenaikan hanya kepada RON97 dan bukan RON95.

"Rakyat sepatutnya dapat menerima bahawa harga RON97 berdasarkan pasaran dan kita mungkin tidak perlu buat satu jangka masa mengenai harganya," katanya.

Awang Adek turut mengulas mengenai subsidi petrol dan gas cecair berikutan beberapa Anggota Parlimen membangkitkan mengenai peruntukan subsidi lebih besar pada 2011 berbanding 2010.

Menurutnya anggaran subsidi untuk 2011 dibuat berdasarkan kepada anggaran minyak dan gas dunia yang dijangka lebih tinggi pada 2011 berbanding 2010.

Awang Adek berkata sekiranya subsidi masih berkekalan pada tahap semasa, ia akan membabitkan peningkatan peruntukan.

"Usaha penyelarasan subsidi berterusan dan tiada titik tamat. Contohnya keputusan membebaskan harga RON97, yang baru-baru ini sekali lagi mengalami kenaikan harga. Ia adalah sebahagian daripada usaha menyelaraskan subsidi tetapi keperluan kepada subsidi untuk 2011 masih kekal," katanya.

Dalam pada itu, Awang Adek memaklumkan setakat ini hanya 1.9 peratus pengguna kad kredit tidak menjelaskan bayaran.

Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang mencelah penggulungan itu berkata meskipun hanya satu peratus yang gagal menjelaskan pinjaman, ia adalah antara faktor masyarakat di negara ini termasuk golongan muda muflis.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya golongan muda yang baru bekerja menggunakan kad debit berbanding kad kredit supaya mereka dapat menguruskan perbelanjaan masing-masing dengan baik.

Awang Adek berkata sesetengah masyarakat tidak boleh menggunakan kad debit kerana mereka ingin membeli keperluan yang melebihi daripada wang yang dimiliki.

"Kad kredit ini digunakan untuk memudahkan masyarakat supaya tidak perlu membawa wang tunai. Tetapi mereka perlu menggunakannya mengikut kemampuan," katanya.

Persidangan Dewan bersambung pada 22 Nov depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain