suria

Dua Remaja Terbunuh Dalam Kemalangan Kurong Tengar

KANGAR: Sepasang remaja terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Kurong Tengar, Kuala Perlis dekat sini awal Rabu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pemandu kenderaan itu, Nursyahirah Mat Akhir, 20, dan rakannya Zulkhairi Che Basri, 21, terbunuh di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Kejadian berlaku pukul 1.20 pagi ketika kedua-dua remaja dari Kedah itu sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Perlis menghala Alor Setar.

Zulkhairi, yang beralamat di Ayer Hitam, adalah seorang kakitangan sebuah syarikat swasta manakala Nursyahirah dari di Pantai Halban, Jitra adalah seorang pelajar sebuah politeknik di Kedah.

Mayat kedua-dua mangsa telah dituntut keluarga masing-masing pukul 7 pagi Rabu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain