suria

Dua Jemaah Dikesan Alami H1N1

MEKAH: Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa ia mengesan dua jemaah wanita dijangkiti H1N1 dan seorang lelaki dari Afrika yang menghidap kolera.

Dua kes H1N1 itu dikesan dihidap oleh jemaah dari Eropah dan negara timur Asia yang masing-masing berusia 26 dan 52 tahun. Kesemua kes itu dikesan oleh unit pemantauan kementerian itu.

Kementerian itu berkata wanita terbabit dijangkiti H1N1 di negara mereka. Mereka dikesan mempunyai penyakit itu sebaik tiba dan telah diberi rawatan yang sepatutnya, kata satu laporan dari Riyadh.

Seorang dari pesakit itu telah dibenar keluar hospital dan berada dalam keadaan baik manakala seorang lagi masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil.

Lelaki Afrika itu juga sedang dirawat dan rawatan turut diberi kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan lelaki berkenaan.

"Keadaan tidak membimbangkan," kata seorang pegawai kementerian sambil menegaskan bahawa semua langkah perlu telah diambil untuk menghalang kemasukan dan penyebaran penyakit itu dan meminta semua jemaah mematuhi garis panduan kesihatan yang dikeluarkan.

Sementara itu Saudi Gazette melaporkan bahawa kementerian untuk tahun ketika telah menubuhkan pusat panggilan khas percuma melalui talian 800-249-4444 untuk dihubungi oleh jemaah haji yang memerlukan maklumat dan nasihat mengenai kesihatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain