suria

Ahli Majlis Perbandaran Klang Dipecat

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mengesahkan akan memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Hamidah Mat Som yang terlibat dengan kontroversi surat sokongan untuk perniagaan syarikat milik suaminya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu memberitahu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), surat pemecatan Hamidah telah disediakan dan masih menunggu untuk ditanda tangan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Liu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Yap Ee Wah (BN-Sg Pelek) mengenai kekecohan surat sokongan sejak beberapa bulan lalu.

"Keputusan untuk memecat Hamidah dibuat ketika mesyuarat Exco," katanya, Khamis.

Hamidah yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, telah didakwa mengeluarkan sekurang-kurangnya empat surat sokongan bagi membantu syarikat milik suaminya mendapat beberapa kontrak dari MPK.

Kes itu mula mendapat tumpuan apabila Ketua Bahagian MCA Kapar Song Kee Chai membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor (SPRM) terhadap Hamidah pada 12 Ogos lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain