Selangor Bentang Bajet Berimbang RM1.43 Bilion Bagi Tahun 2011

SHAH ALAM: Kerajaan PKR Selangor pada Isnin membentangkan bajet berimbang RM1.43 bilion bagi tahun depan iaitu peningkatan 10 peratus daripada RM1.3bilion tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa membentangkannya berkata daripada jumlah itu, RM830 juta diperuntukkan bagi belanja mengurus manakala selebihnya RM600 juta diperuntukkan bagi pembangunan negeri, katanya semasa membentangkan Bajet 2011 untuk kerajaan Selangor pada hari pertama sidang dewan undangan negeri di sini hari ini.

Daripada peruntukan mengurus, sejumlah RM280 juta bakal digunakan untuk pembayaran emolumen, RM333 juta untuk perkhidmatan dan bekalan, RM1.1 juta untuk pembelian aset, RM213 juta untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM860,000 untuk perbelanjaan lain, katanya.

"Bagi peruntukan pembangunan pula, sejumlah RM107.877 juta atau 18 peratus dijangka digunakan untuk sektor ekonomi, RM87.883 juta atau 15 peratus untuk sektor sosial, RM395,631,960 atau 66 peratus untuk sektor infrastruktur dan RM8.608 juta atau satu peratus untuk sektor perbandaran."

Beliau berkata pertambahan Bajet 2011 berdasarkan jangkaan peningkatan pendapatan hasil cukai sebanyak 15.42 peratus kepada RM530.98 juta daripada RM460.02 juta pada tahun ini.

Bagi hasil bukan cukai, Abdul Khalid berkata ia dijangka meningkat sebanyak 10.52 peratus kepada RM467.16 juta daripada RM422.68 juta pada tahun 2010.

Terimaan bukan hasil pula dijangka menokok sebanyak 3.49 peratus kepada RM431.86 juta pada tahun 2011 daripada RM417.3 juta tahun ini.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM34.5 juta untuk menampung bayaran 20 meter padu air percuma kepada rakyat yang menggunakan meter individu dan RM8 juta lagi bagi subsidi air percuma untuk pengguna meter pukal, katanya.

"Jumlah ini lebih kecil daripada peruntukan yang diberikan sepanjang tahun 2009 dan 2010, iaitu RM100 juta kerana kita menjangkakan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor selesai pada hujung tahun ini, Insya Allah," katanya semasa mengumumkan belanjawan berimbang RM1.43 bilion bagi tahun 2011.

Katanya RM7.5 juta diperuntukkan untuk Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), RM7.7 juta untuk Hadiah Anak Masuk Universiti, RM21.4 juta untuk Skim Mesra Usia Emas, RM50,000 untuk Pusat Khidmat Sehenti dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang sebanyak RM1 juta.

Beliau berkata kerajaan negeri juga memperuntukkan RM1 juta bagi membantu kaum wanita membuat pemeriksaan barah payu dara secara percuma dan Skim Takaful Orang Kurang Upaya (OKU) pula bakal dimasukkan bersama Skim Mesra Usia Emas.

Abdul Khalid berkata bagi menggalakkan pembayaran cukai tanah oleh individu dan syarikat, kerajaan negeri akan meneruskan insentif pengurangan denda lewat cukai tanah sehingga 50 peratus melalui pentadbir tanah.

Bagi memantapkan kutipan hasil bukan cukai seperti premium tanah, kerajaan negeri akan melaksanakan insentif pelanjutan tempoh pajakan hak milik yang bakal tamat tempoh pajakan di mana Pejabat Tanah dan Pejabat Pendaftar Daerah Petaling telah dijadikan perintis program ini sebelum diikuti Pejabat Tanah Daerah lain yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun sahaja mengikut garis panduan dan syarat yang ditetapkan, katanya.

Abdul Khalid berkata hasil cukai hiburan negeri Selangor meningkat sebanyak 23 peratus kepada RM26.4 juta bagi sembilan pertama tahun ini daripada RM21.5 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama dalam 2009.

"Kutipan ini dijangka meningkat sehingga RM30 juta untuk tahun ini. Peningkatan ini adalah kerana pemantauan berterusan terhadap pengusaha pusat hiburan," katanya.

Abdul Khalid berkata pendapatan kerajaan negeri termasuk terimaan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan dimasukkan ke dalam Akaun Terimaan Bukan Hasil dan Akaun Amanah.

"Sehingga akhir Oktober 2010, terimaan ini berjumlah RM417.23 juta. Jika dibandingkan dengan terimaan pada tahun 2009, ia menunjukkan peningkatan sebanyak dua peratus," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain