suria

Proton Juara Brighton to London Future Challenge

LONDON: PROTON Holdings Berhad melakar sejarah pada 6 November lalu apabila kenderaan jenis elektrik buatannya, PROTON Exora Extended Range memenangi kategori The Best Range Extender Electric Vehicle dalam Brighton to London Future Challenge yang julung kali diadakan.

Pemenang ditentukan oleh kenderaan yang menggunakan bahan bakar paling sedikit sepanjang pengembaraan sejauh 91.2 kilometer (km) dari Brighton ke London.

Kenderaan PROTON itu menjuarai kategori tersebut selepas hanya menggunakan 2.2 liter petrol sepanjang cabaran tersebut.

Lebih membanggakan, para pesaing bukan calang dari industri automotif hijau global.

PROTON mengambil bahagian menerusi Saga Electric bagi kategori EV dan Exora Extended Range EV bagi kategori E-REV.

Cabaran tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Automobil Diraja di United Kingdom merupakan pertandingan permotoran untuk kenderaan persendirian jenis elektrik, hibrid dan Low-Emission Internal Combustion Engine (enjin beremisi rendah).

Lain-lain kategori ditawarkan termasuk Full Electric (EV), Hibrid (HEV) dan Extended Range EV (E-REV) dan Internal Combustion Engine (ICE) dengan pengeluaran karbon dioksida sehingga 110g/km.

Sebanyak 64 kenderaan daripada pembuat kenderaan terkemuka dan pihak persendirian menyertai cabaran itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain