suria

Pahang Siap Siaga Hadapi Banjir

KUANTAN: Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Pahang diarah membuat senarai nama mereka yang berpindah dan yang tidak berpindah ketika berlakunya musim banjir nanti.

Pengerusi Pengurusan Bencana Alam Pahang, Datuk Seri Safian Ismail berkata perkara itu dilihat penting bagi urusan pengagihan bantuan kepada mangsa terbabit.

"Akibat pendaftaran yang tidak tersusun (pada tahun lepas), ada mangsa banjir yang menerima bantuan sebanyak dua kali dan sebanyak dua peratus mangsa banjir pula dikesan telah tercicir daripada menerima bantuan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sebuah bot dan jentera bomba dan penyelamat kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang di sini, Selasa.

Beliau berkata Pahang secara umumnya telah bersiap sedia untuk menghadapi musim banjir yang dijangka Disember ini.

"Kita berharap menerusi senarai nama berkenaan, pengagihan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir akan lebih efisyien," katanya.

Pada majlis berkenaan, stesen televisyen swasta, TV3 turut menyumbangkan dua buah bot kepada jabatan berkenaan untuk digunakan pada musim tengkujuh kelak. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain