suria

Orang Kelantan Jangan Marahkan Erra

Catatan Erra dalam Facebook ini menimbulkan rasa kurang senang orang Kelantan tetapi Erra cepat memohon maaf.
Catatan Erra dalam Facebook ini menimbulkan rasa kurang senang orang Kelantan tetapi Erra cepat memohon maaf.
Catatan Erra dalam Facebook ini menimbulkan rasa kurang senang orang Kelantan tetapi Erra cepat memohon maaf.

SELASA minggu lepas Niezam terima satu panggilan telefon daripada pembaca setia ruangan ini yang betul-betul naik angin kepada pelakon yang Niezam sayang, Erra Fazira.

Dari mula perbualan sampailah habis, peminat itu merungut tak sudah. Ibaratnya kalau dia jumpa Erra dia akan sumbat Erra dalam gol macam mana Kelantan sumbat Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia, 30 Oktober lalu.

Niezam tahu peminat itu orang Kelantan. Niezam kata kat peminat tu, “Relakslah”, jangan nak emosi tak tentu pasal. Jaga imej sebagai anak Kelantan.

Bukannya apa, orang Kelantan selalu dikaitkan dengan emosi. Sebab itulah macam-macam persepsi diberikan terhadap orang Kelantan terutamanya ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

Niezam pernah tinggal di Kelantan beberapa tahun dan Niezam kenal orang Kelantan. Mereka orang baik-baik dan cepat mesra apatah lagi kalau kita boleh “kecek” (cakap) seperti mereka.

Cuma kali ini orang Kelantan yang menelefon Niezam minta Niezam tegur Erra Fazira selepas pelakon itu mencuit dalam status Facebook rasmi untuk peminatnya pada 30 Oktober lalu.

Kata Erra macam ni: “Salam uols (you all)… lepas habis je Mari Menari, terus balik rumah sebelum penyokong bola keluar… Risau gak kalau kelate (Kelantan) kaloh! (kalah). Rupanya dorgg (dia orang) menang. So tak la ada kerusi yang terbakar… Apa-apa pun, tahniah Kelantan! Nogori 9 (Negeri Sembilan)… Don’t give up… Next year kasi “hobin” jang… Nasib baik kita Selangor mari.”

Tulisan itu menyebabkan sesetengah penyokong bola sepak Kelantan naik hantu apabila Erra tulis perkataan, “tak ada kerusi yang terbakar” yang seolah-olah menggambarkan budak-budak Kelantan ganas.

Tapi pada Niezam, apa Erra kata tu betul juga sebab kerusi stadium pernah terbakar di tempat penyokong Kelantan sebelum ini. Jadi, Erra sekadar bergurau dalam status Facebook milik dia itu.

Erra sebenarnya tak sangka kata-kata itu melukakan hati sesetengah pihak kerana dia tidak berniat untuk menghina sesiapa pun. Niezam sebenarnya begitu kagum dengan Erra.

Selepas mendapat maklum balas negatif menerusi Facebook dia tu, Erra terus minta maaf daripada peminat-peminatnya. Dia sebenarnya tidak sengaja.

Erra juga telah memadamkan status itu kerana tak mahu ramai peminat Kelantan yang berkecil hati.

Tindakan Erra itu memang betul. Dia salah, dia minta maaf dan bertanggungjawab terhadap apa yang dia buat walaupun ia hanyalah perkara kecil sahaja.

Cuma Niezam harap peminat Kelantan yang marahkan Erra itu dapat maafkan dia dan jangan marahkan Erra lagi. Erra budak baik.

Yang tak baik hanyalah mereka yang buat perangai jahat ketika tengok bola. Orang yang macam itu sepatutnya “dibakar” tak kiralah dari mana asal negerinya.

NIEZAM: Bakar semangat.

Berebut -rebut nak arah drama

NIEZAM geleng sampai nak berpusing kepala bila dengar kisah pengarah-pengarah drama yang kemaruk nak mengarah drama.

Apa nak jadi pun tak tahulah dengan pengarah-pengarah drama kita ni. Bila kena kritik sikit mula nak melenting.

Macam mana kita nak jadi pengarah bertaraf antarabangsa kalau sesama kita pun asyik berebut projek?

Kisahnya, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menghadapi masalah kewangan.

Akhirnya, FDAM mendapat projek daripada RTM untuk menerbitkan drama rantaian melebihi 10 episod.

Bila dah dapat projek drama itu, khabarnya 13 orang yang menjadi ahli persatuan itu berebut nak mengarah drama berkenaan sampai ada yang hempuk-hempuk meja takut tak dapat peluang.

Helo bro! Mana ada dalam sejarah orang buat drama sampai guna 13 orang pengarah? Drama apa ni?

Niezam tumpang malu bila dengar sikap sesetengah anak seni kita yang seperti ini. Nak cari kerja malas tapi bila dapat projek, berebut bagai nak rak.

Macam mana industri seni kita nak maju kalau macam ni? Macam mana industri kita nak sampai ke persada dunia seperti yang diharapkan dalam Festival Filem Malaysia 23 (FFM23)?

Sebab ada sesetengah pengarah yang macam inilah membuatkan industri hiburan kita menjadi haru-biru.

Niezam nak nasihatkan kepada pengarah-pengarah berkenaan yang sesetengahnya entah dari mana datang tu supaya lebih rasional bila buat kerja.

Bukannya apa, kalau asyik berebut benda yang tak banyak mana tu, tentulah kualitinya akan jadi macam hampas dan nilai kerja pengarah itu juga dilihat seperti hampas juga.

Jadi, elak-elaklah kita daripada menjadi hampas yang dijadikan makanan ayam saja.

NIEZAM: Hampeh!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain