suria

Tiada Laporan Penularan Wabak Penyakit Di Kedah Dan Perlis : Liow

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai penularan wabak penyakit di Kedah dan Perlis yang kini dilanda banjir, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bagaimanapun, Liow berkata kementerian sentiasa memantau situasi di kedua-dua negeri berkenaan dan menasihatkan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan serta penduduk sekitar kawasan banjir supaya mengutamakan kesihatan dam mengelakkan dari bermain air banjir.

"Setakat ini semua pusat pemindahan sudah ditempatkan satu pasukan perubatan disamping pasukan perubatan bergerak," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Selain itu, kementerian juga sentiasa memantau mengenai situasi denggi di kedua-dua negeri terbabit, katanya.

Liow juga menasihatkan kepada penduduk sekitar serta mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan supaya segera ke hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan sekiranya mengalami sebarang simptom seperti demam, batuk dan selesema. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain