Presiden Austria Diberi Sambutan Rasmi Di Dataran Parlimen - Semasa | mStar

Presiden Austria Diberi Sambutan Rasmi Di Dataran Parlimen

KUALA LUMPUR: Presiden Austria Dr Heinz Fischer yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Dataran Parlimen di sini pada Isnin.

Ketibaan Dr Fischer pada pukul 8.30 pagi yang diiringi isterinya Margit Fischer disambut Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta para perwakilan asing.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh pasukan pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum Dr Fischer memeriksa kawalan kehormat yang dibarisi 107 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mej Muhammad Abdullah.

Dr Fischer kemudiannya diperkenalkan kepada para menteri kabinet dan diplomat asing.

Ini adalah lawatan sulung presiden itu ke Malaysia di mana beliau dan isteri akan menghadiri majlis santapan negara bersama Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara malam Isnin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain