suria

Peniaga Maut Kereta Yang Dipandu Rempuh Belakang Treler

IPOH: Seorang peniaga terbunuh apabila kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Simpang empat lampu isyarat, Jalan Tasik di sini awal hari Isnin.

Kemalangan pada pukul 2.43 pagi itu menyebabkan Cheah Soon Lee, 30, yang berasal dari Taman Idris di sini, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Mayatnya dihantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, kata Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab ketika dihubungi di sini, Isnin.

Rodzi berkata ketika kejadian, Cheah yang memandu sendirian dalam perjalanan dari Chemor ke Ipoh.

"Berdasarkan keadaan kereta yang remuk, mangsa dipercayai memandu laju dan polis telah mengambil contoh darah mangsa untuk diperiksa bagi memastikan sama ada mangsa berada di bawah pengaruh alkohol," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain