suria

Mayat Mangsa Lemas Dijumpai

ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai berhampiran wat Siam di Jitra semalam ditemui 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Hamenuddin ketika dihubungi berkata, mayat Ahmad Hamizan Ahmad Suhaimi, 24, dari Taman Seri Utama, Jitra dijumpai lebih satu kilometer dari tempat mangsa terjun.

"Mayat dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab pula berkata, usaha mencari seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas pada Khamis lepas di Tanjung Bendahara masih diteruskan.

Beliau berkata, Awwad Hakimi Rudaini, 7, dikatakan bermain bersama rakannya Nur Irshah Rosli, 9, berhampiran tali air di Tanjung Bendahara sebelum terjatuh ke dalam tali air itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain