Banjir Di Kedah Beransur Pulih - Semasa | mStar

Banjir Di Kedah Beransur Pulih

ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah beransur pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan menurun kepada 28,208 orang daripada 6,874 keluarga yang masih berada di 70 pusat pemindahan banjir.

Tiga daerah yang dilanda banjir menunjukkan jumlah penurunan iaitu daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena manakala daerah Pendang keadaan tidak berubah.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar menurun kepada 20,438 orang melibatkan 4,928 keluarga berbanding 21,116 orang petang Ahad manakala di daerah Kubang Pasu seramai 6,550 orang daripada 1,747 keluarga masih berada di pusat pemindahan dan mangsa banjir di Pokok Sena sehingga pukul 8 pagi ini ialah seramai 978 orang melibatkan 137 keluarga.

Bilangan mangsa banjir di daerah Pendang tidak berubah iaitu seramai 242 orang dipindahkan ke pusat pemindahan melibatkan 62 keluarga.

Jurucakap itu berkata pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di daerah Kota Setar ialah 44 buah, di Kubang Pasu sebanyak 23 buah dan di Pokok Sena sebanyak dua buah manakala di Pendang satu pusat pemindahan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain