suria

Kesemua 16 Mangsa Bot Karam Di pulau Tenggol Ditemui Selamat

KEMAMAN: Kesemua 16 mangsa yang dikhuatiri hilang dalam kejadian bot karam di Pulau Tenggol dekat sini petang semalam ditemui selamat dalam keadaan terapung kira-kira 12 batu nautika dari pulau berkenaan menghala ke Kuantan pagi ini, Ahad.

Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Timur, ACP Mohd Salleh Mat Jani berkata, kesemua mangsa iaitu sembilan lelaki dewasa, enam wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, ditemui dalam keadaan keletihan kira-kira pukul 10 pagi tadi oleh pasukan gerakan marin yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Kesemua mangsa kini dalam perjalanan pulang ke jeti Pangkalan Marin Wilayah Timur Teluk Kalong di sini untuk diberikan bantuan dan rawatan. - BERNAMA

Artikel Lain