suria

Perkhidmatan Tren Antara Bandar, Kargo KTM Kembali Beroperasi

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren KTM antara bandar dan KTM Kargo, yang terpaksa dihentikan sejak 1 November lepas akibat banjir yang melanda Kedah dan Perlis, kini kembali beroperasi.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad pada Sabtu, kedua-dua perkhidmatan itu beroperasi seperti biasa mulai 1.25 pagi tadi.

Kedua-dua perkhidmatan itu beroperasi semula selepas landasan diperiksa dan didapati selamat untuk dilalui oleh tren penumpang dan barang.

Berdasarkan pemantauan sehingga petang ini, KTM Berhad mendapati tidak ada kemungkinan landasan kembali ditenggelami air kerana paras air yang semakin surut di kebanyakan kawasan banjir.

KTM Berhad turut memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan penumpang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862 atau mana-mana stesen berhampiran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain